Pages

Sunday 24 April 2011

RPH Tahun 5

Mata Pelajaran                        : Kemahiran Hidup
Kelas                                      : 5 Jujur
Tarikh                                     : 5 April 2011
Masa                                      : 8.30 Hingga 9.00
Bilangan Murid                       : 32 Orang
Topik/Tajuk                            : Reka bentuk dan penghasilan projek
Sub Topik                              : Alatan tangan yang digunakan untuk membuat tempat memo
Kemahiran                             : Murid mengetahui apakah peralatan yangan yang perlu  digunakan dalam membuat tempat memo
Pengetahuan Sedia Ada         : Murid pernah melihat bapa mereka membuat rak untuk meletakkan telefon rumah supaya telefon kelihatan kemas.
Hasil Pembelajaran:
            Di akhir pembelajaran murid dapat:
i)             Mengenal pasti peralatan tangan yang perlu digunakan dalam membuat projek tempat memo.
ii)            Memahami apakah kegunaan bagi setiap peralatan tangan dan bagaimana cara menggunakan peralatan tangan dengan betul.
Nilai-Nilai Murni                  : Menjana idea, menumpukan perhatian, Membuat rumusan
Kemahiran Berfikir               : Membuat projek yang dapat memudahkan rutin harian
Bahan Bantu Mengajar         : Slaid power point, gunting logam, gandin getah, penggarit, kikir rata, kikir parut, video
Kajian Masa Depan            : mencipta tempat memo yang mempunyai pelbagai fungsi

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Pengenalan kepada peralatan tangan.
1.  Murid melihat rakaman video kartun ‘handy manny’.
2.  Guru bertanya kepada murid apakah peralatan tangan yang dapat dilihat di dalam rakaman video tersebut.
3.  Guru mengaitkan rakaman video dengan tajuk pembelajaran pada hari ini.
BBM: Rakaman video

Kemahiran Berfikir: Menjana idea, menumpukan perhatian

Nilai-nilai Murni: Menumpukan perhatian


Langkah 1
(10 minit)
Pendedahan dengan peralatan tangan.
i)       Gunting logam
ii)      Gandin getah
iii)    Penggarit
iv)    Kikir rata
v)      Kikir parut
1.    Guru membahagikan kelas kepada lapan kumpulan kecil dengan empat orang murid setiap kumpulan.
2.    Setiap kumpulan menerima peralatan tangan gunting logam, ganding getah, penggarit, kikir rata dan kikir parut daripada guru.
3.    Guru bertanyakan kepada murid tentang apakah nama-nama bagi setiap peralatan tersebut dan adakah mereka pernah melihatnya atau menggunakannya.
BBM: Gunting logam, gandin getah, penggarit, kikir rata, kikir parut,

Kemahiran Berfikir:Banding beza, membuat keputusan
Langkah 2
(15 minit)
Jenis-jenis peralatan tangan yang digunakan.
i)     Gunting logam
ii)    Gandin getah
iii)   Penggarit
iv)   Kikir rata
v)    Kikir parut
1.  Murid melihat tayangan slaid power point yang ditayangkan guru tentang nama-nama peralatan yang berada di setiap kumpulan masing-masing.

BBM: Slaid power point, gunting logam, gandin getah, penggarit, kikir rata, kikir parut

Kemahiran Berfikir:Menumpukan perhatian, menjana idea
Langkah 3
(15 minit)
Cara penggunaan peralatan tangan.
i)    Gunting logam- digunakan untuk memotong kepingan logam yang nipis.
ii)  Gandin getah- digunakan untuk mengetuk dan membentuk kepingan logam lembut.
iii) Penggarit- digunakan untuk menanda dan membuat garisan pada kepingan logam.
iv) Kikir rata- digunakan untuk melicinkan permukaan logam atau tepi kepingan logam.
v)  Kikir parut- digunakan untuk meratakan dan membentuk lengkok pada penjuru kayu.
1.  Murid melihat tayangan slaid power point tentang cara penggunaan setiap peralatan dengan betul di samping tunjuk cara oleh guru tentang cara penggunaannya.
2.  Guru melakukan tunjuk cara sambil menerangkan kepada murid tentang cara-cara penggunaan yang betul.
BBM: Slaid power point, gunting logam, gandin getah, penggarit, kikir rata, kikir parut

Kemahiran Berfikir:Menumpukan perhatian
Penilaian
(10 minit)
Kuiz individu
1.  Setiap murid diberikan helaian soalan yang mengandungi gambar peralatan dan tempat kosong di bawahnya.
2.  Murid diberi penerangan bagaimana hendak membuat soalan tersebut.
3.  Murid dikehendaki menjawab secara bertulis di tempat kosong berdasarkan soalan yang diberikan.
4.  Murid yang telah siap menjawab soalan dikehendaki menghantar kertas soalan kepada guru.
BBM: Kertas soalan, pensil

Kemahiran Berfikir:Menjana idea kreatif
Penutup
(5 minit)
Rumusan:
1.  alatan tangan yang digunakan untuk membuat tempat memo
a)  Pendedahan dengan peralatan tangan.
b)  Jenis-jenis peralatan tangan yang digunakan.
c)  Cara penggunaan peralatan tangan.


1.  Murid dibimbing untuk membuat rumusan tentang pembelajaran.
2.  Guru memilih seorang murid secara rawak untuk memberitahu apakah yang difahami pada hari ini.

Tugasan susulan
    Murid dikehendaki untuk melakar peralatan tangan yang digunakan bagi membuat tempat memo ini.

Murid diminta membawa tin   minuman kosong milo ataupun nescafe.
Kemahiran Berfikir:Membuat rumusan

KAJIAN MASA DEPAN: Membuat projek yang dapat memudahkan rutin harian



Huraian Sukatan Pelajaran KHSR Tahun 5

untuk panduan huraian sukatan pelajaran KHSR tahun 5 sila rujuk link di bawah

Huraian sukatan Pelajaran KHSR tahun 5

Akaun Blog

Tutorial Membuat Blog

Untuk membuat blog, pertama sekali anda perlu mempunyai akaun google email anda sendiri. Jika tiada alamat google email, anda perlu mendaftar dahulu di laman google. 















Anda perlu layari www.blogspot.com untuk mencipta blog anda. Taipkan alamat email google anda beserta dengan kata kunci anda di ruangan yang disediakan dan klik butang ‘sign in’.


Selepas paparan ini muncul, anda klik pada ‘create your blog now’.




Tuliskan tajuk blog anda mengikut kreativiti anda dan tuliskan alamat url blog anda. Kemudian klik pada butang ‘continue’.




Pilih template bagi menghiasi blog anda. Kemudian klik pada butang ‘continue’.




Selepas paparan ini muncul, anda sudah boleh mula mengendalikan blog anda sendiri. Tekan pada butang ‘start blogging’ untuk teruskan.




Di paparan ini, anda boleh menulis perkara-perkara yang difikirkan anda. Anda perlu meletakkan tajuk bagi




Klik view post




kini anda sudah menerbitkan penulisan anda di dalam blog anda. Untuk menerbitkan terbitan yang baru, anda klik pada ‘new post’ di penjuru kanan atas.




Selepas paparan ini muncul, klik pada ‘choose file’.




Pilih gambar yang ingin di muat naik pada fail anda.


 
Klik ‘view post’.
 


 
Untuk menerbitkan post baru atau menambah gambar-gambar terbaru anda, anda boleh mengulang kembali langkah-langkah di atas.

Ulasan Kritis dan perbandingan tentang penggunaan enjin laman web dan kesesuaian penggunaannya dalam pelaksanaan P&P

Bahan Bantu Mengajar (BBM) Berasaskan Web 

Perkembangan pesat dalam dunia teknologi maklumat dapat membantu meningkatkan penggunaan teknologi inovasi dan konvensional ke arah memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan pembangunan modal insan. Situasi ini menunjukkan perlunya kualiti dalam peningkatan infrastruktur sokongan yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang dapat membuka ruang yang lebih luas kepada para guru untuk mengaplikasikan segala teori, kemahiran dan kepakaran yang sedia ada. 

Pelbagai alat teknologi pendidikan digunakan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. walau bagaimanapun penggunaannya adalah terhad. Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk kemajuan teknologi pendidikan melalui peruntukan daripada pinjaman Bank Dunia kepada sekolah seperti komputer, peti televisyen, perakam video dan OHP yang menelan belanja jutaan ringgit. 


 
Penggunaan teknologi moden dalam sistem pendidikan menjadikan usaha meringkas dan memudahkan BBM amat perlu supaya kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan mudah memahami pengajaran guru dan juga bagi meningkatkan keberkesanan P&P guru di samping minat dan tumpuan murid dapat ditarik menerusi penggunaan BBM. Penggunaan BBM ini dilihat amat efektif dan sesuai untuk dilaksanakan di sekolah bagi semua mata pelajaran. Ia juga perlu dilaksanakan secara proaktif oleh guru bagi memastikan pengajaran guru berjalan dengan baik dan pembelajaran murid sentiasa menarik.

Perkembangan semasa pendidikan negara menggambarkan peningkatan dan perubahan dalam aspek P&P guru yang perlu diperbaiki dan dimurnikan dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, kerajaan telah menyediakan pelbagai prasarana seperti rangkaian komputer bagi memudahkan lebih banyak mata pelajaran dapat diajar menggunakan teknologi interaktif multimedia dan pengajaran menerusi laman web.

Terdapat beberapa manfaat ataupun kelebihan penggunaan ICT dalam P&P. Kelebihan-kelebihan ini menunjukkan ciri-ciri positif kepada penggunaan ICT dalam P&P. Dengan menggunakan ICT, dapat memberikan peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang mempunyai pelbagai keupayaan dan kemahiran. Ia juga membolehkan pembelajaran secara sendiri berlangsung dan secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran. Selain itu juga, maklumat-maklumat yang sukar dicari dapat diakses dengan mudah. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar dapat diwujudkan dengan adanya penggunaan ICT dalam P&P. 

Walau bagaimanapun, semasa merancang BBM yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ini, segala persiapan perlu dilakukan dengan baik dan teratur. Bukannya dilakukan tanpa perancangan seperti secara bidan terjun. Ia juga perlu mempunyai perkaitan dengan topik yang hendak di ajar di kelas. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi perlu sesuai dengan kehendak kurikulum pada masa ini, tahap perkembangan murid serta untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P. Perlu juga dilihat peralatan dan perisian yang boleh digunakan. 

Setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen-komponen seperti mempersembahkan maklumat, membimbing, menyediakan dan memberi latihan serta menilai pencapaian. Perisian pendidikan yang digunakan dalam P&P sebahagian besar direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model trasmisi yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima. Perisian pendidikan ini lebih mudah digunakan oleh guru dalam aktiviti P&P.







Walau bagaimanapun, guru harus berhati-hati dalam menggunakan pendekatan ini kerana kesilapan dalam melaksanakannya boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga. Selain daripada itu juga, ia boleh menjurus kearah penyalahgunaan kemudahan ICT serta lebih banyak masa yang diperlukan oleh murid untuk mempelajari sesuatu. Sebelum menggunakan perisian sebagai BBM, guru harus meneliti beberapa aspek seperti perisian yang sesuai digunakan, peralatan yang sesuai dan mudah dikendalikan oleh guru, kemahiran yang ada pada guru untuk mengendalikannya serta keperluan atau relevannya guru menggunakannya




TMK boleh digunakan sebagai alat pemudah komunikasi antara guru dengan murid apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan TMK pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, audio, video dan kombinasi pelbagai bentuk. Banyak kelebihan yang boleh dilihat jika TMK digunakan sebagai alat pemudah komunikasi antara guru dengan murid seperti boleh melaksanakan pembelajaran kolaboratif, meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran dan melibatkan pakar-pakar iaitu idea-idea baru yang boleh dijana melalui perkongsian idea.



 
Secara kesimpulannya, kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini telah mengubah senario pendidikan di Malaysia. Hal ini membolehkan kualiti pendidikan di Malaysia dapat diringkatkan dari segi prasarana, kaedah P&P dan yang paling utama sekali perkembangan bahan bantu mengajar yang lebih maju dan mudah digunakan. Walau bagaimanapun, kesediaan guru untuk menghadapi situasi perubahan dari segi TMK perlu seiring dengan kemajuan ini bagi membolehkan penggunaan TMK dalam penggunaan BBM dapat dikuasai dengan baik oleh para guru.

 Ulasan Kritis Dan Perbandingan Tentang Penggunaan Enjin Laman Web Dan Kesesuaian Penggunaannya Dalam Pelaksanaan P&P 
Penggunaan Teknologi Maklumat dan komunikasi  dalam P&P bermaksud menggunakan TMK secara  berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.  Komputer ialah sebuah alat elktronik yang kompleks dan mempunyai pelbagai kelebihan dan kegunaan dan ia sesuai untuk dijadikan sebagai Alat Bantu Mengajar dan proses P&P. Ini kerana ia berkemampuan untuk menerima dan memproses data seperti penyimpanan data-data mengenai murid, akses ke internet dan sebagainya. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ merupakan sebuah rangkaian gergaji komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara computer berkomunikasi antara satu sama lain (Crumlish, 1996). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih 160 buah negara (Zoraini, 1995). Negara kita telah
meletakkan ICT dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3, 2001-2010) sebagai media utama untuk membina pengetahuan baru dan meransang berkembangan ekonomi berasaskan pengetahuan.

            Laman sesawang merupakan suatu ruang di dalam komputer di mana sesiapa sahaja boleh memasukinya, dalam erti kata lain ia merupakan suatu ruang bebas untuk sesiapa melakukan apa sahaja. Ia juga digelar sebagai sebuah risalah elektronik dan sumber maklumat yang boleh dicapai oleh satu dunia selama 24 jam setiap hari. Di dalam laman sesawang, setiap paparan yang mengandungi maklumat dipanggil ‘page’. ‘Page’ boleh terdapat dalam bentul teks, paparan grafik, gambar, bunyi dan juga video. Perkara utama pada laman sesawang merupakan sesuatu yang digelar ‘links’ atau pautan yang terdapat di dalam sesebuah laman dan ia boleh diklik dengan tetikus komputer. Apabila pautan tersebut diklik, pelawat yang melawat sesuatu laman itu akan dibawa kepada paparan yang lain. Laman sesawang boleh dibuka lebih daripada satu dalam sesuatu masa dan ia bergantung kepada kehendak pelayar internet itu sendiri. Jika seseorang itu berminat untuk melihat sesuatu paparan dalam laman yang lain, ia hanya boleh diklik dan maklumat yang dicari akan dipaparkan.

Ulasan Kritis
Di dalam internet terdapat pelbagai jenis enjin-enjin web yang boleh digunakan sebagai sumber kepada guru untuk dijadikan bahan P&P malahan murid itu sendiri boleh mengakses laman-laman sesawang yang ada untuk mencari maklumat mengenai pelajaran mereka. Pada masa kini, terdapat pelbagai laman-laman sesawang telah dihasilkan oleh pelbagai orang daripada serata dunia. Antara laman sesawang yang menjadi tumpuan atau terkenal pada masa kini ialah laman Facebook kerana hampir kesemua negara yang mempunyai akses internet, sebilangan besarnya mempunyai akaun dalam laman Facebook tersebut. Laman ini digelar sebagai laman sosial kerana fungsi utamanya ialah mengabungkan setiap orang dari serata dunia. Kebiasaannya, dalam laman sosial ini ia tidak menyediakan sebarang maklumat yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk P&P tetapi ia boleh dijadikan sebagai medium untuk menyebarkan maklumat. Selain Facebook, terdapat juga laman-laman sosial yang lain seperti Myspace, Twitter, Friendster, dan Tagged. Tetapi kebiasaanya, laman sosial yang banyak digunakan ialah Facebook dan Twitter. 

            Seain dari laman sosial, terdapat juga laman lain yang boleh digunakan sebagai bahan P&P seperti enjin carian, laman berkongsi maklumat dan sebagainya. Antara enjin carian yang biasa digunakan ialah google, yahoo, ask, answer, amazon dan sebagainya. Fungsi enjin-enjin carian ini ialah untuk memudahkan pencarian secara umum kepada pelayar internet yang ingin mencari maklumat. Ia sama seperti laman sosial iaitu tidak menyediakan maklumat tetapi menjadi medium kepada pencarian yang menyenaraikan laman-laman yang berkaitan dengan pencarian pelayar internet. Seterusnya ialah, laman berkongsi maklumat seperti contoh ipl2, academicinfo, cikgu.net, tutor, e-lab, wikipedia dan sebagainya. Laman-laman ini berfungsi sebagai pembekal maklumat kepada pengguna internet. Antara maklumat yang boleh dibekalkan seperti video, fakta-fakta, nota-nota, gambar, grafik dan sebagainya bergantung kepada tujuan laman itu direka. Terdapat juga laman yang biasa digunakan untuk berkongsi maklumat tetapi juga boleh menjadi ruang perbincangan dan tempat untuk menulis jurnal dan sebagainya. Contohnya seperti blogger dan wordpress yang direka untuk menjadi sebuah laman penulisan kepada pelayar-pelayar internet.

            Laman sesawang yang telah disebutkan sebentar tadi boleh dijadikan sebagai bahan untuk perlaksanaan dalam P&P. Contohnya, ipl2 yang direka untuk menyediakan maklumat-maklumat, menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan pelajaran, menjadi laman untuk rujukan pendidikan dan berkaitan dengan moto mereka iaitu ‘information you can trust’. Daripada laman ini guru boleh mencari bahan-bahan maklumat dan menjadikannya sebagai sumber bahan rujukan yang terpantas selain menggunakan buku-buku. Bukan itu sahaja, malah murid juga boleh mengakses ke laman ini dan mencari maklumat sendiri atau dipanggil akses kendiri. Terdapat juga laman sesawang yang lain yang boleh diakui kesesuaianya dalam perlaksanaan P&P seperti cikgu.net, yang mengandungi bahan-bahan rujukan seperti rancangan mengajar, tip mengajar dan pelbagai lagi panduan lain yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Cikgu.net ini juga berguna kepada guru-guru pelatih dalam mencari rujukan mengenai sukatan pelajaran, tip-tip mengajar daripada guru yang sudah berpengalaman dan sebagainya. Tutor juga sesuai digunakan di dalam bilik darjah untuk pengajaran secara langsung. Pengajaran tersebut boleh dijalankan di dalam bilik komputer untuk memberikan peluang kepada murid mengakses ke laman ini. Laman ini mengandungi bahan-bahan rujukan, soalan-soalan, tip-tip menjawab soalan, ujian yang berkonsepkan simulasi peperiksaan sebenar dan sebagainya. Bahan-bahan di dalam eTuisyen dan Bank Soalan disediakan oleh sekumpulan guru jurulatih utama dan guru pakar dalam bidang-bidang masing-masing dan semua bahan yang disediakan mengikut format dan sukatan pelajaran terkini yang telah digariskan oleh Bahagian Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala untuk bahan-bahan P&P Bestari pula disediakan oleh syarikat Telekom Smart School Sdn. Bhd. syarikat pemaju kandungan kursus yang dilantik oleh Kementerian

            Laman yang seterusnya yang boleh digunakan dalam proses P&P ialah e-lab. Laman ini telah dihasilkan oleh Unit Pendidikan Utusan, Jabatan Pengarang, Utusan Melayu (M) Berhad, sebuah syarikat penerbitan terunggul di Malaysia dan telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. Laman ini menyediakan maklumat-maklumat dan latihan yang boleh diakses oleh sesiapa yang ingin mencari aktiviti atau maklumat mengenai bahasa Inggeris. Laman ini juga menyediakan soalan latihan yang mengikut format peperiksaan am sebenar seperti UPSR, PMR dan SPM. Laman ini juga sering kali menyediakan latihan-latihan yang terbaru dan menarik yang boleh menarik perhatian pelajar untuk belajar mengenai bahasa Inggeris. Seterusnya ialah Wikipedia yang  merupakan sebuah ensiklopedia bebas. Rencana-rencana dalam Wikipedia merupakan hasil kerjasama para penyumbang dari seluruh dunia. Laman web ini merupakan laman web jenis wiki, yang bererti sesiapapun dibenarkan menyunting, memperbaiki, dan menambahkan informasi dalam sesebuah rencana dengan menekan pautan sunting yang terdapat pada sudut atas setiap laman. Kini terdapat 13,000 penyumbang aktif yang menyumbang dalam 7,000,000 rencana dalam lebih daripada 260 bahasa. Ketika ini terdapat 116,838 rencana bahasa Melayu; setiap hari ratusan ribu pengunjung dari seluruh dunia melakukan puluhan ribu suntingan dan mencipta ribuan rencana baru di seluruh Wikipedia.



Kebaikan Dan Kelemahan Penggunaan Laman Web Sebagai Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran

      Sherry pada tahun 1996 menjelaskan bahawa pendidikan berasaskan laman sesawang (web) semakin berkembang dengan meluas dan mendapat perhatian disebabkan keupayaan interaktifnya dan multimedia yang membolehkan penyimpanan dan perkongsian maklumat dengan cepat, mesra pengguna dan boleh diakses dari mana jua. Pencapaian kepada internet melalui laman sesawang memberi penekanan kepada capaian ilmu dan maklumat melalui jaringan laman sesawang yang tidak terbatas merangkumi pelbagai disiplin. Fenomena ini juga dapat mewujudkan dan membentuk masyarakat yang gemar belajar dan terus belajar sepanjang hayat. Peluang pembelajaran ini melangkaui batasan waktu dan geografi serta lebih bersifat terbuka asalkan mempunyai keupayaan mengakses dan kemahiran menggunakan teknologi ICT. Kenyataan ini disokong oleh Haslinda Abu Hassan pada tahun 2000 yang menyatakan pembelajaran masa kini adalah sebagai satu proses yang berterusan dan tidak terbatas dalam satu konteks sahaja.

Laman sesawang merupakan salah satu cara untuk memaparkan maklumat kepada masyarakat global walau di mana mereka dapat mengakses internet. Pembangunan laman sesawang yang menggunakan bahasa HTML atau Hypertext Markup Language berasaskan kepada tatacara permintaan dan tindak balas terhadap paparannya di mana ia adalah piawai bagi web mengenal dan membuat dokumen hypermedia.

Pengajaran berasaskan laman sesawang atau laman web (WWW) boleh dilihat sebagai pendekatan inovatif bagi menyampaikan pengajaran kepada pelajar yang jauh dengan menggunakan web sebagai bahan perantara. Menurut Smith dan dan Ragan (1993), “Pengajaran ialah penyampaian maklumat dan aktiviti bagi memudahkan pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran yang spesifik” dan bahan perantara merupakan komunikasi mesej pengajaran. Justeru, definisi “Pengajaran Berasaskan Laman sesawang” ialah program pengajaran berasaskan hypermedia yang menggunkan atribut dan sumber WWW bagi mereka cipta dan mendukung suasana pembelajaran bermakna.

Penggunaan laman sesawang menyediakan peluang unik dan cabaran baru berbanding pengajaran di bilik darjah tradisional. Pelajar tidak lagi hanya mengakses kepada buku teks sahaja, tetapi mendapatkan pelbagai sumber maklumat melepasi daripada kawasan sempadan bilik darjah sekolah. Pelajar boleh mengakses maklumat di seluruh perpustakaan yang ada di dunia.
Duchastel dan Turcotte (1977) pula menyatakan bahawa komunikasi melalui internet boleh dibahagikan kepada tiga kategori am, iaitu akses kepada maklumat khusus kepada WWW, komunikasi asinkroni melalui e-mel dan komunikasi secara langsung melalui IRC serta siding video.

Quinlan (1977) menerangkan terdapat tiga fungsi penggunaan web, iaitu komunikasi (kebolehan untuk berkomunikasi antara sekolah dan komuniti), mengakses maklumat (kebolehan mengakses dan menggunakan maklumat), dan perkongsian sumber (kebolehan berkongsi dan menyebarkan sumber maklumat kepada yang lain untuk mengakses dan menggunkannya).

Dryli dan Kinnaman (1996) berpendapat bahawa WWW boleh membantu pelajar mencapai matlamat asas pendidikan seperti perkembangan kemahiran asas yang kukuh, kepakaran isi kandungan, berfikiran kritis dan kreatif, koloboratif dan koperatif, menggunkan strategi penyelesaian masalah, berfungsi sebahagian  daripada komuniti dan penglibatan pembelajaran sepanjang hayat.

Brack (1996) dalam kajian beliau yang menunjukkan laman sesawang (WWW) berkesan dalam pembelajaran dengan mengenal pasti kaedah pautan bagi mencari maklumat. Bahan-bahan pengajaran dipecahkan kepada unit-unit kecil (chunks), dan peta konsep serta jadual isi kandungan turut digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar berpuas hati dengan cara pebelajaran tersebut. Pelajar tidak mudah hilang kosentrasi dan dapat menguasai dan memberi tumpuan pembelajaran, berfikir secara mendalam berbanding penggunaan cara tradsional.

Terdapat beberapa kebaikan penggunaan web terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu ia mampu untuk memudahkan guru untuk mencari maklumat tanpa sempadan contohnya seperti guru ingin mencari maklumat yang berkaitan dengan jenis-jenis jahitan. Guru tersebut tidak perlu bersusah payah untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan jenis-jenis jahitan, guru tersebut hanya perlukan sebuah komputer dan pastikan bahawa komputer tersebut mempunyai akses ke internet. Dengan hanya menggunakan kata kunci seperti ‘jenis-jenis jahitan’, guru tersebut akan memperolehi maklumat yang sangat banyak. Bukan hanya maklumat yang terdapat di sekitarnya, malaha guru tersebut akan dapat mengetahui jenis-jenis jahitan yang digunakan di serata dunia. Hal ini kerana, web berfungsi untuk menyimpan maklumat di alam maya, iaitu internet. Namun begitu, itu hanya gambaran bagi satu web yang digunakan. Anda bayangkan jika setiap orang di dunia ini mewujudkan satu web, dan setiap web pula dihubungkan sesama web apabila maklumat diperlukan. Betapa besarnya jaringan web yang anda akan perolehi apabila anda menggunakan khidmat web di komputer.
      Berikut merupakan ciri-ciri pengajaran berasaskan laman sesawang:
  1. Interaktif
Melalui kaedah pembelajaran melalui laman sesawang, suatu aspek yang penting adalah penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran. Pelajar yang terlibat akan berinteraksi secara aktif dalam mendapatkan maklumat dan pengetahuan sama ada sesama pelajar sendiri mahu pun berinterksi dengan guru mereka. Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa pembelajaran melalui laman sesawang akan menjadikan suatu perubahan paradigma terhadap komunikasi antara guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar mahu pun antara guru dengan guru. Penglibatan aktif ini juga merangkumi kebolehan pelajar mengawal maklumat yang diterima dan memberi serta menerima maklum balas tentang pengetahuan yang disampaikan.

2.    Multimedia
Kursus pengajaran berasaskan laman sesawang direka bentuk khas bagi memenuhi gaya pembelajaran pelajar dengan mengintegrasikan pelbagai elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video, animasi dan sebagainya.

3.    Sistem terbuka
Pengajaran berasaskan laman sesawang merupakan system terbuka. Pelajar boleh bergerak di luar daripada suasana pembelajaran daripada system tertutup  seperti buku, CD-ROM yang telah dikenal pasti oleh pereka bentuk.

4.    Pencarian dalam latihan
Pelbagai jenis enjin pencarian yang berkaitan dengan kandungan kursus dan penyelidikan projek yang terdapat dalam internet.

5.    Akses secara global
Maklumat dan sumber di seluruh dunia boleh diakses oleh sesiapa sahaja, di mana sahaja di dunia, asalkan dia dihubungkan kepada internet. Fungsi pepustakaan digital ini membolehkan pelajar mengakses maklumat berdasarkan jenis maklumat dan pada masa yang bersesuaian mengikut keperluan dan kehendak mereka secara tidak linear.  Untuk pencarian maklumat meskipun bagi sejumlah kecil seperti ensiklopedia mahu pun kamus amat mudah dilakukan hinggalah menjangkau bagi mendapatkan jumlah maklumat yang lebih besar dan banyak hanya memerlukan hamparan elektronik laman sesawang sahaja asalkan kemahiran mendapatkan maklumat melalui cara ini dikuasai.

6.    Penerbitan elektronik
Web menyediakan mekanisme yang mudah untuk penerbitan elektronik. Kedua-dua pengajar dan pelajar boleh mengarang dan mencetak kerja mereka secara global (Sherry, 1996). Penghantaran projek pelajar dan kerja-kerja lain pelajar boleh digunakan sebagai model, perbincangan, atau bahan yang boleh dilihat kembali dalam pengajaran berasaskan laman sesawang (Bannan dan Milhelm, 1997). Laman sesawang bertindak sebagai kuasa motivasi bagi menabahbaikkan tenaga dan konsep kendiri (Kearsley 1996).

7.    Keselarasan sedunia
Standard yang terbuka dalam laman  sesawang membolehkan seseorang di dunia ini mereka cipta dan menghantar dokumen dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan dan alamat internet yang standard. Laman sesawang menggunakan bahasa pengaturcaraan yang biasa, iaitu HTML yang fleksibel dan berfungsi merentasi pelbagai pelantar dan boleh diakses di seluruh dunia. URL satu system alamat yang boleh diakses secara meluas dalam internet.

8.    Sumber dalam talian
Laman sesawang menyediakan akses yang serta-merta dan tidak terhad kepada sumber dalam talian. Akses kepada pembangunan dan penemuan baru boleh didapati serta-merta kepada pelajar. Entri terkini tercatat dalam laman sesawang.
9.    Interaksi silang-budaya

Pengajaran berasaskan laman sesawang menyediakan satu perantara yang membolehkan pelajar dan guru berkomunikasi dalam talian dengan pelbagai sumber dari merata-rata dunia. Pelajar bukan sahaja mendapat keuntungan daripada pelbagai pandangan perspektif berkenaan kandungan subjek tetapi juga mewakili budaya mereka masing-masing. Keupayaan merayau dan belajar tentang budaya masing-masing boleh dipermudahkan melalui internet.

10. Pelbagai kepakaran
Kursus pengajaran berasaskan laman sesawang mengambil kelebihan pelbagai sumber yang terdapat dalam laman sesawang yang disediakan oleh pakar-pakar daripada pelbagai bidang. Komuniti elektronik boleh menyediakan pelbagai perspektif daripada luar kepakaran sehingga tenaga pengajar jemputan. (Bannan dan Milheim 1997)

11. Sokongan industry
Pembina pengajaran berasaskan laman sesawang ini boleh mengakses maklumat dengan sebarang perkakasan dan perisian laman sesawang  kerana setiap syarikat mempunyai tapak web masing-masing. Kebanyakan aplikasi internet boleh dimuat turun secara percuma dan boleh diguna pakai dalam tempoh masa tertentu.

12. Kawalan pelajar
Laman sesawang memudahkan pembelajaran demokratik, iaitu apakah sepatutnya dipelajari, cara ia dipelajari, dan urutan cara ia dipelajari.

13. Keselesaan
Pengajaran berasaskan laman sesawang selesa kepada pelajar, guru dan sekolah. Pelajar boleh mendaftar kursus, membuat kerja kursus, mengendalikan penyelidikan, dan berkomunikasi dengan instruktur melalui internet tanpa perlu mengembara secara fizikal. Guru boleh mengemaskini bahan pelajaran dengan mudah, menyediakan panduan dan sokongan melalui kedua-dua cara asinkroni dan sinkroni tanpa terikat kepada suasana bilik darjah dan waktu pejabat. Sekolah yang mendukung system secara talian boleh menguruskan kehadiran pelajar, dan keputusan peperiksaan melalui internet  dan mengurangkan kos operasi dan pengambilan tenaga sumber manusia. Walau bagaimanapun, mengakses laman sesawang, meuat turun fail multimedia dan mengubahsuai perantara baru kadangkala agak mencabar kepada seseorang guru.

14. Berkesan
Pengajaran berasaskan laman sesawang amat berkesan kepada pelajar, guru dan sekolah. Pengjaran tidak perlu dicetak dan diedarkan. Walau bagaimanapun, aktiviti ini mungkin kurang berkesan bagi sesiapa yang tidak mempunyai kemudahan computer dan internet.
15. Pembelajaran kolaboratif
Satu ciri yang ketara dalam aspek pembelajaran berasaskan laan sesawang adalah bentuk pembelajaran kolaboratif atau pembalajaran secara berkumpulan yang sememangnya mempunyai kelebihan tersendiri dalam konteks pendidikan. Kaedah pembelajaran kolaboratif melalui laman sesawang dapat membentuk dan menggalakkan kerjasama pelajar dalam memenuhi tugasan akademik berdasarkan kepada konsep perbincangan. Pembentukan kumpulan kerjasama sama ada dalam komuniti berpasangan mahu pun komuniti kecil dapat membantu pelajar memenuhi matlamat pengajaran dan pembelajaran dengan objektif yang jelas

16. Medium komunikasi
Letusan internet melalui laman sesawang dalam aspek pembelajaran juga merupakan satu              medium komuniaksi dan sebagai memenuhi sifatnya yang merangkumi jaringan interaktif.      

Jaringan ini mewujudkan internet sebagai sebuah perpustakaan virtual terbesar melalui penyebaran  maklumat berbentuk digital. Maklumat-maklumat dalam laan sesawang yang berbentuk bit akan sentiasa dikemaskini malahan dapat diubah bentuk oleh pelajar dalam bentuk bercetak sekiranya kaedah ini diperlukan. Pelajar dapar memanfaatkan kebaikan internet dan persembahan melalui laman sesawang untuk mengumpullkan sebanyak mana maklumat dan pengetahuan bagi memenuhi tuntutan dalam pembelajaran secara online  yang menyokong perolehan pengetahuan melalui cara ini.

Kelebihan dan Kekurangan Strategi
Kelebihan:
1.    Hiperteks menyediakan bentuk termudah interaksi pengguna serta membolehkan pengguna mengawal maklumat. Mengklik pada teks hipertaut atau imej akan membawa anda kepada laman lain atau imej lain yang terdapat dalam computer  atau computer lain di seluruh dunia.
2.    Penyampaian multimedia dapat disampaikan kepada laman sesawang melalui pelayan grafikal. Gambar foto boleh didigitalkan, begitu juga audio, video, dan animasi boleh disampaikan kepada ramai pengguna tanpa menjejaskan kualitinya dengan penggunaan yang berulang kali.
3.    Interktiviti sebenar melepasi laman sesawang statik dan menghubungkan laman lain bagi mencipta interaktiviti sebenar dengan penukaran maklumat antara pengguna dengan pelayan. Borang merupakan interaktiviti yang mudah dan membolehkan pengguna memindahkan data kepada pelayan, misalnya mengisi jawapan ujian. Skrip CGI boleh digunakan untuk maklum balas kepada pengguna, misalnya menghantar markah atau keputusan ujian kepada pengguna secara talian.
4.    Penyebaran pelantaR secara bersilang. Pengguna tidak perlu risau lagi sama ada menghasilkan program versi Macintosh, DOS, atau Windows. Pengguna komputer boleh bertempat di dalam atau di luar kampus, di laur negeri, atau di mana-mana sahaja. Laman sesawang membolehkan pengguna mengakses mana-mana program selepas membayar yuran tanpa perlu memasangnya. Penyemak lewa menyediakan antara muka yang mudah dipelajari dan mudah mencari untuk mendapatkan maklumat.
5.    Laman sesawang membolehkan integrasi tanpa sempadan, iaitu pengajaran dari mana-mana tapak. Misalnya, pengajaran satu terdapat di California dan pengajaran dua terdapat Switzerland. Hal ini dapat embangunkan konsortia yang kaya dan keistimewaan bersilang bagi program pengajaran.
6.    Mudah mempertingkatkan dan mengembangkan program laman sesawang. Maklumat baru mudah dimuat turun  bagi menghasilkan bahan pengajaran yang ke hadapan daripada maklumat dalam buku teks.
7.    Keluwesan penggunaan. Ini bermaksud pengguna dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa dan teknik juga dalam keadaan yang tidak formal. Ia dapat diakses sama ada menggunakan secara dalam talian atau di luar talian; mencetak atau menyimpan seta menggunakan teknik ‘copy and paste’ untuk membina sesuatu bahan.
8.    Kos efektif. Bahan

   Kekurangan:
1.    Pelayan dan pelantar yang berbeza memaparkan secara berlainan pada skrin sehingga menghasilkan keputusan yang berlainan. Versi yang berlainan juga menghasilkan output yang berlainan pada skrin.
2.    Pengguna mempunyai kawalan sepenuhnya pada ciri-ciri yang dipaparkan pada skrin, dan kadang-kadang  boleh mengubah suai peletakannya, menukar taip muka, saiz fon, latar dan warna pautan.
3.    Jika sesuatu muka laman sesawang telah diakses, setiap pautan yang dihubungkan dengan muka laian akan bertukar warna dan kekal sehingga tempoh hayatnya, iaitu 30 hari atau ditukar tempoh hayatnya. Jiks pengguna berkongsi komputer, pengguna yang kedua dan seterusnya akan melihat kepada muka yang telah diakses oleh pengguna sebelumnya.
4.    Internet dan transmisi rangkaian setempatmemerlukan masa untuk memindahkan dan memaparkan teks besar dan fail imej apabila dihubungkan kepada komputer lain untuk pembangunan projek.

Pengguna boleh memuat turun sebarang teks atau fail imej, tetapi undang-undang hak cipta terpelihara tidak terjamin.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...