Pages

Sunday 24 April 2011

Ulasan Kritis dan perbandingan tentang penggunaan enjin laman web dan kesesuaian penggunaannya dalam pelaksanaan P&P

Penggunaan Teknologi Maklumat dan komunikasi  dalam P&P bermaksud menggunakan TMK secara  berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.  Komputer ialah sebuah alat elktronik yang kompleks dan mempunyai pelbagai kelebihan dan kegunaan dan ia sesuai untuk dijadikan sebagai Alat Bantu Mengajar dan proses P&P. Ini kerana ia berkemampuan untuk menerima dan memproses data seperti penyimpanan data-data mengenai murid, akses ke internet dan sebagainya. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ merupakan sebuah rangkaian gergaji komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara computer berkomunikasi antara satu sama lain (Crumlish, 1996). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih 160 buah negara (Zoraini, 1995). Negara kita telah meletakkan ICT dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3, 2001-2010) sebagai media utama untuk membina pengetahuan baru dan meransang berkembangan ekonomi berasaskan pengetahuan.
             
Laman sesawang merupakan suatu ruang di dalam komputer di mana sesiapa sahaja boleh memasukinya, dalam erti kata lain ia merupakan suatu ruang bebas untuk sesiapa melakukan apa sahaja. Ia juga digelar sebagai sebuah risalah elektronik dan sumber maklumat yang boleh dicapai oleh satu dunia selama 24 jam setiap hari. Di dalam laman sesawang, setiap paparan yang mengandungi maklumat dipanggil ‘page’. ‘Page’ boleh terdapat dalam bentul teks, paparan grafik, gambar, bunyi dan juga video. Perkara utama pada laman sesawang merupakan sesuatu yang digelar ‘links’ atau pautan yang terdapat di dalam sesebuah laman dan ia boleh diklik dengan tetikus komputer. Apabila pautan tersebut diklik, pelawat yang melawat sesuatu laman itu akan dibawa kepada paparan yang lain. Laman sesawang boleh dibuka lebih daripada satu dalam sesuatu masa dan ia bergantung kepada kehendak pelayar internet itu sendiri. Jika seseorang itu berminat untuk melihat sesuatu paparan dalam laman yang lain, ia hanya boleh diklik dan maklumat yang dicari akan dipaparkan.

Ulasan Kritis
Di dalam internet terdapat pelbagai jenis enjin-enjin web yang boleh digunakan sebagai sumber kepada guru untuk dijadikan bahan P&P malahan murid itu sendiri boleh mengakses laman-laman sesawang yang ada untuk mencari maklumat mengenai pelajaran mereka. Pada masa kini, terdapat pelbagai laman-laman sesawang telah dihasilkan oleh pelbagai orang daripada serata dunia. Antara laman sesawang yang menjadi tumpuan atau terkenal pada masa kini ialah laman Facebook kerana hampir kesemua negara yang mempunyai akses internet, sebilangan besarnya mempunyai akaun dalam laman Facebook tersebut. Laman ini digelar sebagai laman sosial kerana fungsi utamanya ialah mengabungkan setiap orang dari serata dunia. Kebiasaannya, dalam laman sosial ini ia tidak menyediakan sebarang maklumat yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk P&P tetapi ia boleh dijadikan sebagai medium untuk menyebarkan maklumat. Selain Facebook, terdapat juga laman-laman sosial yang lain seperti Myspace, Twitter, Friendster, dan Tagged. Tetapi kebiasaanya, laman sosial yang banyak digunakan ialah Facebook dan Twitter. 

Selain dari laman sosial, terdapat juga laman lain yang boleh digunakan sebagai bahan P&P seperti enjin carian, laman berkongsi maklumat dan sebagainya. Antara enjin carian yang biasa digunakan ialah google, yahoo, ask, answer, amazon dan sebagainya. Fungsi enjin-enjin carian ini ialah untuk memudahkan pencarian secara umum kepada pelayar internet yang ingin mencari maklumat. Ia sama seperti laman sosial iaitu tidak menyediakan maklumat tetapi menjadi medium kepada pencarian yang menyenaraikan laman-laman yang berkaitan dengan pencarian pelayar internet. Seterusnya ialah, laman berkongsi maklumat seperti contoh ipl2, academicinfo, cikgu.net, tutor, e-lab, wikipedia dan sebagainya. Laman-laman ini berfungsi sebagai pembekal maklumat kepada pengguna internet. Antara maklumat yang boleh dibekalkan seperti video, fakta-fakta, nota-nota, gambar, grafik dan sebagainya bergantung kepada tujuan laman itu direka. Terdapat juga laman yang biasa digunakan untuk berkongsi maklumat tetapi juga boleh menjadi ruang perbincangan dan tempat untuk menulis jurnal dan sebagainya. Contohnya seperti blogger dan wordpress yang direka untuk menjadi sebuah laman penulisan kepada pelayar-pelayar internet.

Laman sesawang yang telah disebutkan sebentar tadi boleh dijadikan sebagai bahan untuk perlaksanaan dalam P&P. Contohnya, ipl2 yang direka untuk menyediakan maklumat-maklumat, menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan pelajaran, menjadi laman untuk rujukan pendidikan dan berkaitan dengan moto mereka iaitu ‘information you can trust’. Daripada laman ini guru boleh mencari bahan-bahan maklumat dan menjadikannya sebagai sumber bahan rujukan yang terpantas selain menggunakan buku-buku. Bukan itu sahaja, malah murid juga boleh mengakses ke laman ini dan mencari maklumat sendiri atau dipanggil akses kendiri. Terdapat juga laman sesawang yang lain yang boleh diakui kesesuaianya dalam perlaksanaan P&P seperti cikgu.net, yang mengandungi bahan-bahan rujukan seperti rancangan mengajar, tip mengajar dan pelbagai lagi panduan lain yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Cikgu.net ini juga berguna kepada guru-guru pelatih dalam mencari rujukan mengenai sukatan pelajaran, tip-tip mengajar daripada guru yang sudah berpengalaman dan sebagainya. Tutor juga sesuai digunakan di dalam bilik darjah untuk pengajaran secara langsung. Pengajaran tersebut boleh dijalankan di dalam bilik komputer untuk memberikan peluang kepada murid mengakses ke laman ini. Laman ini mengandungi bahan-bahan rujukan, soalan-soalan, tip-tip menjawab soalan, ujian yang berkonsepkan simulasi peperiksaan sebenar dan sebagainya. Bahan-bahan di dalam eTuisyen dan Bank Soalan disediakan oleh sekumpulan guru jurulatih utama dan guru pakar dalam bidang-bidang masing-masing dan semua bahan yang disediakan mengikut format dan sukatan pelajaran terkini yang telah digariskan oleh Bahagian Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala untuk bahan-bahan P&P Bestari pula disediakan oleh syarikat Telekom Smart School Sdn. Bhd. syarikat pemaju kandungan kursus yang dilantik oleh Kementerian.

Laman yang seterusnya yang boleh digunakan dalam proses P&P ialah e-lab. Laman ini telah dihasilkan oleh Unit Pendidikan Utusan, Jabatan Pengarang, Utusan Melayu (M) Berhad, sebuah syarikat penerbitan terunggul di Malaysia dan telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. Laman ini menyediakan maklumat-maklumat dan latihan yang boleh diakses oleh sesiapa yang ingin mencari aktiviti atau maklumat mengenai bahasa Inggeris. Laman ini juga menyediakan soalan latihan yang mengikut format peperiksaan am sebenar seperti UPSR, PMR dan SPM. Laman ini juga sering kali menyediakan latihan-latihan yang terbaru dan menarik yang boleh menarik perhatian pelajar untuk belajar mengenai bahasa Inggeris. Seterusnya ialah Wikipedia yang  merupakan sebuah ensiklopedia bebas. Rencana-rencana dalam Wikipedia merupakan hasil kerjasama para penyumbang dari seluruh dunia. Laman web ini merupakan laman web jenis wiki, yang bererti sesiapapun dibenarkan menyunting, memperbaiki, dan menambahkan informasi dalam sesebuah rencana dengan menekan pautan sunting yang terdapat pada sudut atas setiap laman. Kini terdapat 13,000 penyumbang aktif yang menyumbang dalam 7,000,000 rencana dalam lebih daripada 260 bahasa. Ketika ini terdapat 116,838 rencana bahasa Melayu; setiap hari ratusan ribu pengunjung dari seluruh dunia melakukan puluhan ribu suntingan dan mencipta ribuan rencana baru di seluruh Wikipedia.



Ipl2 merupakan sebuah organisasi yang memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dan menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Sehingga hari ini, beribu orang pelajar dan perpustakaan yang sukarela dan pakar dalam maklumat sains telah melibatkan diri untuk memberikan jawapan rujukan bagi soalan-soalan yang ditujukan di bahagian ‘Ask an ipl2 Librarian’ dan dalam mereka bentuk, mereka cipta, membina dan mengekalkan koleksi-koleksi maklumat ipl2. Melalui usaha-usaha daripda sukarela inilah yang mengekalkan kemandirian ipl2 sehingga ke hari ini.
 
Pada Januari 2010, laman sesawang “ipl2 : information you can trust” telah dilancarkan, dengan mengabungkan koleksi maklumat daripada laman sesawang ‘Internet Public Library (IPL)’ dan ‘Librarians Internet Index (LII)’. Laman ini dikendalikan oleh Drexel University’s College of Information Science & Technology dan gabungan di antara kolej-kolej dan universiti-universiti yang mempunyai program dalam sains maklumat terlibat dalam memperkembangkan dan mengekalkan ipl2.

 


“Academicinfo” merupakan pusat sumber pelajaran secara ‘online’ dengan pelbagai ijazah ‘online’, kursus ‘online’ dan pembelajaran secara jarak jauh dari sekolah yang diakreditasi. Misi laman sesawang ini adalah untuk menyediakan maklumat yang percuma, tersendiri dan tepat dan menjadi sumber kepada bakal pelajar dan juga pelajar, termasuk juga pengkaji-pengkaji yang lain. AcademicInfo telah direka pada 1998 oleh Mike Madin, seorang perpustakawan, dan laman sesawang ini telah dikendalikan oleh beberapa penyumbang yang lain.




Mengandungi bahan-bahan rujukan seperti rancangan mengajar, tip mengajar dan pelbagai lagi panduan lain yang berkaitan dengan teknologi maklumat.




Portal Pendidikan Utusan dibangun, diurus dan dikendalikan oleh Unit Pendidikan Utusan, Jabatan Pengarang, Utusan Melayu (M) Berhad, sebuah syarikat penerbitan terunggul di Malaysia dan telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. 

Portal yang beroperasi sejak 2001 ini merupakan gerbang pendidikan elektronik berasaskan web percuma yang paling popular di Malaysia dengan purata kunjungan setiap bulan sehingga enam juta. Portal Pendidikan Utusan meliputi lebih 20 bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk semua peringkat iaitu peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di samping bahan-bahan tambahan untuk Prasekolah dan Prauniversiti. 

Bahan-bahan di dalam eTuisyen dan Bank Soalan disediakan oleh sekumpulan guru jurulatih utama dan guru pakar dalam bidang-bidang masing-masing dan semua bahan yang disediakan mengikut format dan sukatan pelajaran terkini yang telah digariskan oleh Bahagian Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala untuk bahan-bahan P&P Bestari pula disediakan oleh syarikat Telekom Smart School Sdn. Bhd. syarikat pemaju kandungan kursus yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk keperluan Sekolah Bestari  di seluruh negara. 

Selain membangun dan mengendalikan Portal Pendidikan Utusan, Unit Pendidikan Utusan juga menerbitkan akhbar sisipan pendidikan yang dinamakan ADaP untuk sekolah rendah (setiap hari Isnin) dan ADaP untuk sekolah menengah (Selasa dan Rabu untuk PMR & SPM) yang diterbitkan secara percuma bersama-sama akhbar Utusan Malaysia.




Laman ini telah dihasilkan oleh Unit Pendidikan Utusan, Jabatan Pengarang, Utusan Melayu (M) Berhad, sebuah syarikat penerbitan terunggul di Malaysia dan telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. Laman ini menyediakan maklumat-maklumat dan latihan yang boleh diakses oleh sesiapa yang ingin mencari aktiviti atau maklumat mengenai bahasa Inggeris. Laman ini juga menyediakan soalan latihan yang mengikut format peperiksaan am sebenar seperti UPSR, PMR dan SPM. Laman ini juga sering kali menyediakan latihan-latihan yang terbaru dan menarik yang boleh menarik perhatian pelajar untuk belajar mengenai bahasa Inggeris.

Laman ini telah dihasilkan oleh Unit Pendidikan Utusan, Jabatan Pengarang, Utusan Melayu (M) Berhad, sebuah syarikat penerbitan terunggul di Malaysia dan telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. Laman ini menyediakan maklumat-maklumat dan latihan yang boleh diakses oleh sesiapa yang ingin mencari aktiviti atau maklumat mengenai bahasa Inggeris. Laman ini juga menyediakan soalan latihan yang mengikut format peperiksaan am sebenar seperti UPSR, PMR dan SPM. Laman ini juga sering kali menyediakan latihan-latihan yang terbaru dan menarik yang boleh menarik perhatian pelajar untuk belajar mengenai bahasa Inggeris.


 
 
Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia bebas, yang dimulakan pada tahun 2001 (versi bahasa Melayu dimulakan pada tahun 2003). Rencana-rencana dalam Wikipedia merupakan hasil kerjasama para penyumbang dari seluruh dunia. Laman web ini merupakan laman web jenis wiki, yang bererti sesiapapun dibenarkan menyunting, memperbaiki, dan menambahkan informasi dalam sesebuah rencana dengan menekan pautan sunting yang terdapat pada sudut atas setiap laman.

Wikipedia merupakan salah satu projek Wikimedia Foundation, Inc. yang juga telah mencipta keseluruhan projek Wikipedia, antara lain seperti Wikiquote, Wiktionary, Wikisource, Wikibooks dan Wikinews. Di Wikipedia dan projek yang lain, anda diharap untuk berani menyunting, dan turut menyumbangkan pengetahuan pada bidang pengetahuan yang anda minati.
 
Wikipedia dimulakan pada 15 Januari 2001 oleh Jimmy Wales, Larry Sanger, dan beberapa penyumbang laman Wikipedia bahasa Inggeris. Kini terdapat 13,000 penyumbang aktif yang menyumbang dalam 7,000,000 rencana dalam lebih daripada 260 bahasa. Ketika ini terdapat 116,838 rencana bahasa Melayu; setiap hari ratusan ribu pengunjung dari seluruh dunia melakukan puluhan ribu suntingan dan mencipta ribuan rencana baru di seluruh Wikipedia.

Semua teks dalam Wikipedia, dan kebanyakan gambar serta teks lainnya, dilindungi oleh lesen Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL). Sumbangan tetap merupakan hak penciptanya, sementara keizinan lesen GFDL memastikan isi kandungannya akan tetap dapat diagihkan secara bebas dan mungkin untuk diterbitkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...