Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran : Kemahiran Hidup
Kelas : 5 amanah
Tarikh : 28 Mac 2011
Masa : 9.00 – 10.00 pagi
Bilangan murid : 24 orang
Topik/Tajuk : Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
Sub Topik : Memasang Komponen dan Membuat Kemasan Projek Tempat
Memo
Kemahiran :Murid dapat memaku, menskru dan mengglu dengan betul dan
memasang komponen projek. Murid juga dapat membuat
kemasan pada projek.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat:
1. Menggabungkan komponen-komponen projek.
2. Menjana kemahiran menggunakan alatan tangan dengan betul.
3. Menilai projek yang telah siap dengan kemasan.
4. Merumuskan rasional membuat projek dengan bahan kitar semula.
Nilai-nilai Murni : Kerjasama, memelihara alam sekitar, menjaga kebersihan,
jimat-cermat
Kemahiran Berfikir : menggabungkan idea, menyatukan idea-idea, membuat
pilihan, membuat pertimbangan
Bahan Bantu Mengajar : Video, Powerpoint, Penukul, Pemutar Skru, paku, skru,
gam, syelek, kertas las, berus, cat sembut, syelek, penyangkut, tin aluminium
Pendidikan Alam Sekitar : Bahan kitar semula dan pemeliharaan alam sekitar
Kajian Masa Depan : Mereka cipta produk yang boleh dikomersialkan daripada
bahan kitar semula sebagai cara memelihara alam sekitar
Langkah/Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti P&P | Catatan |
Set Induksi (5 minit) | Pengenalan terhadap mereka bentuk sesuatu projek | 1. Murid melihat rakaman video mengenai penghasilan sebuah produk baru. 2. Rakaman juga berkaitan dengan penjagaan alam sekitar 3. Guru memperkenalkan tajuk pengajaran pada hari ini: Memasang produk dan membuat kemasan | BBM: Pemain video Kemahiran Berfikir: Menggabungkan idea PAS: Bahan kitar semula dan pemeliharaan alam sekitar |
Langkah 1 (15 minit) | Memasang komponen Projek a) Bahagian B dicantumkan pada bahagian A dengan menggunakan glu sentuh dan paku rata i) Sapukan glu pada bahagian A ii) Sapukan glu pada bahagian B iii) Cantumkan bahagian B pada bahagian A iv) Pakukan cantuman bahagian B dan bahagian A | 1. Murid melihat tunjuk cara bagaimana membuat pemasangan oleh guru. 2. Murid melakukan aktiviti setelah melihat tunjuk cara daripada guru. | BBM: Penukul, paku, glu, aluminium, papan Kemahiran Berfikir: Menyatukan idea-idea Nilai-nilai murni: kerjasama |
Langkah 2 (15 minit) | Memasang komponen Projek a) Cantumkan bahagian C dengan menggunakan glu dan biarkannya kering i) Sapukan glu pada bahagian C ii) Sapukan glu pada bahagian A dan B iii) Cantumkan bahagian C pada bahagian A dan B iv) Ukur bahagian untuk meletakkan penyangkut v) Senggerek digunakan untuk membuat lubang vi) Skru penyangkut pada papan dengan menggunakan pemutar skru | 1. Murid melihat tunjuk cara bagaimana melakukan aktiviti yang seterusnya. 2. Murid kemudiannya melakukan aktiviti yang telah ditunjukkan oleh guru. | BBM: Glu, aluminium, pembaris, pensil, senggerek, skru, pemutar skru, penyangkut Kemahiran berfikir: Menyatukan idea-idea Nilai-nilai Murni: kerjasama |
Langkah 3 (15 minit) | Membuat Kemasan Langkah langkah untuk membuat kemasan adalah seperti berikut: i) Permukaan yang hendak dicat hendaklah dibersihkan daripada habuk dan kotoran ii) Satu lapisan cat alas disapukan pada permukaan kayu dan biarkannya kering. iii) Gosok dengan kertas las gred halus pada lapisan cat alas untuk meratakannya iv) Goncang tin cat sembur untuk memastikan campuran cat dan bahan pelarut sebati. Semburan hendaklah dibuat pada jarak kira-kira 30cm dari permukaan kayu. Mulakannya dengan satu lapisan cat yang nipis dan biarkannya kering. v) Ulangi proses semburan sehingga mendapat lapisan permukaan cat yang licin dan berkilat. Pastikan cat benar-benar kering sebelum semburan yang berikutnya dilakukan. | 1. Murid melihat tunjuk cara daripada guru tentang cara memubuat kemasan 2. Murid kemudiaannya melakukan aktiviti yang ditunjukkan | BBM: Syelek, cat, kertas las, berus Nilai-nilai Murni: Kerjasama |
Penilaian (5 minit) | i) Pemerhatian ii) lisan | 3. Guru menilai melalui projek yang telah dihasilkan oleh murid. 4. Projek yang tercantik akan diberikan hadiah gula-gula/cokelat dan mendapat anugerah projek tercantik. 5. Murid kemudiannya ditanya secara lisan mengenai apa yang telah dipelajari. 6. Murid yang menjawab dengan betul akan diberikan pensil. | Kemahiran berfikir: membuat pilihan, membuat pertimbangan |
Penutup (5 minit) | Rumusan: i) menghasilkan projek dengan menggunakan bahan kitar semula. | 1. Murid dibimbing untuk membuat rumusan 2. Murid kemudiaanya ditunjukkan video tentang pemuliharaan alam sekitar. | Nilai-nilai murni: Menjaga kebersihan, Jimat cermat, memelihara alam sekitar Kajian Masa Depan: Mereka cipta produk yang boleh dikomersialkan daripada bahan kitar semula sebagai cara memelihara alam sekitar |
0 comments:
Post a Comment