Pages

Showing posts with label RPH. Show all posts
Showing posts with label RPH. Show all posts

Sunday, 24 April 2011

RPH Tahun 5

Mata Pelajaran                        : Kemahiran Hidup
Kelas                                      : 5 Jujur
Tarikh                                     : 5 April 2011
Masa                                      : 8.30 Hingga 9.00
Bilangan Murid                       : 32 Orang
Topik/Tajuk                            : Reka bentuk dan penghasilan projek
Sub Topik                              : Alatan tangan yang digunakan untuk membuat tempat memo
Kemahiran                             : Murid mengetahui apakah peralatan yangan yang perlu  digunakan dalam membuat tempat memo
Pengetahuan Sedia Ada         : Murid pernah melihat bapa mereka membuat rak untuk meletakkan telefon rumah supaya telefon kelihatan kemas.
Hasil Pembelajaran:
            Di akhir pembelajaran murid dapat:
i)             Mengenal pasti peralatan tangan yang perlu digunakan dalam membuat projek tempat memo.
ii)            Memahami apakah kegunaan bagi setiap peralatan tangan dan bagaimana cara menggunakan peralatan tangan dengan betul.
Nilai-Nilai Murni                  : Menjana idea, menumpukan perhatian, Membuat rumusan
Kemahiran Berfikir               : Membuat projek yang dapat memudahkan rutin harian
Bahan Bantu Mengajar         : Slaid power point, gunting logam, gandin getah, penggarit, kikir rata, kikir parut, video
Kajian Masa Depan            : mencipta tempat memo yang mempunyai pelbagai fungsi

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Pengenalan kepada peralatan tangan.
1.  Murid melihat rakaman video kartun ‘handy manny’.
2.  Guru bertanya kepada murid apakah peralatan tangan yang dapat dilihat di dalam rakaman video tersebut.
3.  Guru mengaitkan rakaman video dengan tajuk pembelajaran pada hari ini.
BBM: Rakaman video

Kemahiran Berfikir: Menjana idea, menumpukan perhatian

Nilai-nilai Murni: Menumpukan perhatian


Langkah 1
(10 minit)
Pendedahan dengan peralatan tangan.
i)       Gunting logam
ii)      Gandin getah
iii)    Penggarit
iv)    Kikir rata
v)      Kikir parut
1.    Guru membahagikan kelas kepada lapan kumpulan kecil dengan empat orang murid setiap kumpulan.
2.    Setiap kumpulan menerima peralatan tangan gunting logam, ganding getah, penggarit, kikir rata dan kikir parut daripada guru.
3.    Guru bertanyakan kepada murid tentang apakah nama-nama bagi setiap peralatan tersebut dan adakah mereka pernah melihatnya atau menggunakannya.
BBM: Gunting logam, gandin getah, penggarit, kikir rata, kikir parut,

Kemahiran Berfikir:Banding beza, membuat keputusan
Langkah 2
(15 minit)
Jenis-jenis peralatan tangan yang digunakan.
i)     Gunting logam
ii)    Gandin getah
iii)   Penggarit
iv)   Kikir rata
v)    Kikir parut
1.  Murid melihat tayangan slaid power point yang ditayangkan guru tentang nama-nama peralatan yang berada di setiap kumpulan masing-masing.

BBM: Slaid power point, gunting logam, gandin getah, penggarit, kikir rata, kikir parut

Kemahiran Berfikir:Menumpukan perhatian, menjana idea
Langkah 3
(15 minit)
Cara penggunaan peralatan tangan.
i)    Gunting logam- digunakan untuk memotong kepingan logam yang nipis.
ii)  Gandin getah- digunakan untuk mengetuk dan membentuk kepingan logam lembut.
iii) Penggarit- digunakan untuk menanda dan membuat garisan pada kepingan logam.
iv) Kikir rata- digunakan untuk melicinkan permukaan logam atau tepi kepingan logam.
v)  Kikir parut- digunakan untuk meratakan dan membentuk lengkok pada penjuru kayu.
1.  Murid melihat tayangan slaid power point tentang cara penggunaan setiap peralatan dengan betul di samping tunjuk cara oleh guru tentang cara penggunaannya.
2.  Guru melakukan tunjuk cara sambil menerangkan kepada murid tentang cara-cara penggunaan yang betul.
BBM: Slaid power point, gunting logam, gandin getah, penggarit, kikir rata, kikir parut

Kemahiran Berfikir:Menumpukan perhatian
Penilaian
(10 minit)
Kuiz individu
1.  Setiap murid diberikan helaian soalan yang mengandungi gambar peralatan dan tempat kosong di bawahnya.
2.  Murid diberi penerangan bagaimana hendak membuat soalan tersebut.
3.  Murid dikehendaki menjawab secara bertulis di tempat kosong berdasarkan soalan yang diberikan.
4.  Murid yang telah siap menjawab soalan dikehendaki menghantar kertas soalan kepada guru.
BBM: Kertas soalan, pensil

Kemahiran Berfikir:Menjana idea kreatif
Penutup
(5 minit)
Rumusan:
1.  alatan tangan yang digunakan untuk membuat tempat memo
a)  Pendedahan dengan peralatan tangan.
b)  Jenis-jenis peralatan tangan yang digunakan.
c)  Cara penggunaan peralatan tangan.


1.  Murid dibimbing untuk membuat rumusan tentang pembelajaran.
2.  Guru memilih seorang murid secara rawak untuk memberitahu apakah yang difahami pada hari ini.

Tugasan susulan
    Murid dikehendaki untuk melakar peralatan tangan yang digunakan bagi membuat tempat memo ini.

Murid diminta membawa tin   minuman kosong milo ataupun nescafe.
Kemahiran Berfikir:Membuat rumusan

KAJIAN MASA DEPAN: Membuat projek yang dapat memudahkan rutin harian



RPH KHSR Tahun 5


Rancangan Pengajaran Harian


Mata pelajaran          : Kemahiran Hidup
Kelas                         : 5 amanah
Tarikh                         : 28 Mac 2011
Masa                          : 9.00 – 10.00 pagi
Bilangan murid          : 24 orang
Topik/Tajuk                : Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
Sub Topik                  : Memasang Komponen dan Membuat Kemasan Projek Tempat
  Memo
Kemahiran                          :Murid dapat memaku, menskru dan mengglu dengan betul dan
           memasang komponen projek. Murid juga dapat membuat
           kemasan pada projek.

Pengetahuan Sedia Ada   : Murid pernah melihat jenis-jenis alatan tangan dan belajar cara  menggunakan alatan tangan dengan betul.
Hasil Pembelajaran             : Di akhir pengajaran murid dapat:
1.    Menggabungkan komponen-komponen projek.
2.    Menjana kemahiran menggunakan alatan tangan dengan betul.
3.    Menilai projek yang telah siap dengan kemasan.
4.    Merumuskan rasional membuat projek dengan bahan kitar semula.
Nilai-nilai Murni                   : Kerjasama, memelihara alam sekitar, menjaga kebersihan,
jimat-cermat
Kemahiran Berfikir              : menggabungkan idea, menyatukan idea-idea, membuat
pilihan, membuat pertimbangan

Bahan Bantu Mengajar      : Video, Powerpoint, Penukul, Pemutar Skru, paku, skru,
gam, syelek, kertas las, berus, cat sembut, syelek, penyangkut, tin aluminium
Pendidikan Alam Sekitar    : Bahan kitar semula dan pemeliharaan alam sekitar
Kajian Masa Depan             : Mereka cipta produk yang boleh dikomersialkan daripada
 bahan kitar semula sebagai cara memelihara alam sekitar

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Pengenalan terhadap mereka bentuk sesuatu projek
1.      Murid melihat rakaman video mengenai penghasilan sebuah produk baru.
2.      Rakaman juga berkaitan dengan penjagaan alam sekitar
3.      Guru memperkenalkan tajuk pengajaran pada hari ini:
Memasang produk dan membuat kemasan

BBM:
Pemain video

Kemahiran Berfikir:
Menggabungkan idea

PAS:
Bahan kitar semula dan pemeliharaan alam sekitar
Langkah 1 (15 minit)
Memasang komponen Projek
a)    Bahagian B dicantumkan pada bahagian A dengan menggunakan glu sentuh dan paku rata
i)      Sapukan glu pada bahagian A
ii)    Sapukan glu pada bahagian B
iii)   Cantumkan bahagian B pada bahagian A
iv)   Pakukan cantuman bahagian B dan bahagian A

1.      Murid melihat tunjuk cara bagaimana membuat pemasangan oleh guru.
2.      Murid melakukan aktiviti setelah melihat tunjuk cara daripada guru.
BBM:
Penukul, paku, glu, aluminium, papan

Kemahiran Berfikir:
Menyatukan idea-idea

Nilai-nilai murni:
kerjasama
Langkah 2
(15 minit)
Memasang komponen Projek
a)    Cantumkan bahagian C dengan menggunakan glu dan biarkannya kering
i)     Sapukan glu pada bahagian C
ii)    Sapukan glu pada bahagian A dan B
iii)   Cantumkan bahagian C pada bahagian A dan B
iv)   Ukur bahagian untuk meletakkan penyangkut
v)    Senggerek digunakan untuk membuat lubang
vi)   Skru penyangkut pada papan dengan menggunakan pemutar skru
1.      Murid melihat tunjuk cara bagaimana melakukan aktiviti yang seterusnya.
2.      Murid kemudiannya melakukan aktiviti yang telah ditunjukkan oleh guru.
BBM:
Glu, aluminium, pembaris, pensil, senggerek, skru, pemutar skru, penyangkut

Kemahiran berfikir:
Menyatukan idea-idea

Nilai-nilai Murni:
kerjasama
Langkah 3
(15 minit)
Membuat Kemasan
Langkah langkah untuk membuat kemasan adalah seperti berikut:
i)     Permukaan yang hendak dicat hendaklah dibersihkan daripada habuk dan kotoran
ii)    Satu lapisan cat alas disapukan pada permukaan kayu dan biarkannya kering.
iii)   Gosok dengan kertas las gred halus pada lapisan cat alas untuk meratakannya
iv)   Goncang tin cat sembur untuk memastikan campuran cat dan bahan pelarut sebati. Semburan hendaklah dibuat pada jarak kira-kira 30cm dari permukaan kayu. Mulakannya dengan satu lapisan cat yang nipis dan biarkannya kering.
v)    Ulangi proses semburan sehingga mendapat lapisan permukaan cat yang licin dan berkilat. Pastikan cat benar-benar kering sebelum semburan yang berikutnya dilakukan.
1.        Murid melihat tunjuk cara daripada guru tentang cara memubuat kemasan
2.        Murid kemudiaannya melakukan aktiviti yang ditunjukkan
BBM:
Syelek, cat, kertas las, berus

Nilai-nilai Murni:
Kerjasama
Penilaian
(5 minit)
i)             Pemerhatian
ii)            lisan
3.      Guru menilai melalui projek yang telah dihasilkan oleh murid.
4.      Projek yang tercantik akan diberikan hadiah gula-gula/cokelat dan mendapat anugerah projek tercantik.
5.      Murid kemudiannya ditanya secara lisan mengenai apa yang telah dipelajari.
6.      Murid yang menjawab dengan betul akan diberikan pensil.
Kemahiran berfikir: membuat pilihan, membuat pertimbangan



Penutup
(5 minit)
Rumusan:
i)     menghasilkan projek dengan menggunakan bahan kitar semula.
1.      Murid dibimbing untuk membuat rumusan
2.      Murid kemudiaanya ditunjukkan video tentang pemuliharaan alam sekitar.
Nilai-nilai murni:
Menjaga kebersihan,
Jimat cermat, memelihara alam sekitar

Kajian Masa Depan:
Mereka cipta produk yang boleh dikomersialkan daripada bahan kitar semula sebagai cara memelihara alam sekitar




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...