Pages

Sunday 24 April 2011

RPH KHSR Tahun 5

Mata Pelajaran         : Kemahiran Hidup
Kelas                        : 5 Ikhlas
Tarikh                       : 23 Mac 2011
Masa                         : 9.00-10-00 pagi
Bilangan murid         : 33 orang
Topik/tajuk                : Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
Sub topik                   : Mengukur, menanda dan memotong bahan
Kemahiran                : Murid dapat memahirkan diri untuk mengukur dan menanda bahan-bahan yang  berkenaan untuk melaksanakan kerja-kerja buat sendiri. Murid juga mampu untuk memotong bahan yang telah ditandai untuk melaksanakan projek yang telah dirancang.
Pengetahuan sedia ada          : Murid-murid pernah melihat bapa mereka menghasilkan projek mudah di rumah seperti meja kopi.   
 
Hasil pembelajaran: Di akhir pengajaran ini murid dapat:

          1. menyatakan dua daripada tiga alatan yang digunakan untuk mengukur.
          2. menyatakan dua peralatan yang perlu digunakan untuk
          3. menanda.mampu untuk menyatakan cara-cara untuk mengukur dan menanda mengikut urutan.
          4. menunjukkan dengan tepat cara memegang kikir parut dan kertas las dengan tepat.
          5. melaksanakan amali mengukur, menanda dan memotong bahan projek yang disediakan dengan kadar 70% lengkap dan betul.
Nilai-nilai murni                    : Kerjasama, kebersihan, bertanggungjawab dan memelihara alam sekitar
Kemahiran berfikir                :Membuar Jangkaan
Nilai-nilai murni                    : Bekerjasama
Kemahiran berfikir                :
Bahan bantu mengajar           :
Pendidikan alam sekitar        :
Kajian masa depan                :


Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set induksi
(5 minit)
Pengenalan kepada topik mengukur, menanda dan memotong.
1. Murid melihat paparan slide yang disediakan oleh guru yang memaparkan beberapa peralatan tangan.
2. Slide memaparkan setiap peralatan perlu bekerjasama untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki..
3. Guru menyatakan tajuk pengajaran pada hari ini: Mengukur, menanda dan memotong
BBM:
Slide power point,

Kemahiran berfikir:
Membuat jangkaan,

Nilai-nilai murni:
Bekerjasama antara satu sama lain.


Langkah 1
(5 minit)
Mengeluarkan peralatan-peralatan tangan yang diperlukan:
1.    Pensel
2.    Pembaris keluli
3.    Sesiku L
4.    Gergaji puting
5.    Ragum meja
6.    Gunting logam.
7.    Penggarit
8.    Kikir rata
9.    Kikir parut
10. Tolok penanda
1.            Guru menerangkan  kepada murid tentang fungsi peralatan tangan dan cara-cara pengendalian yang betul dan selamat.
2.            Guru menunjukkan gambar-gambar yang berkaitan tentang cara penggunaan alatan.
3.            Murid memberikan tumpuan terhadap penerangan yang diberikan oleh guru.

BBM:
Pembaris keluli, pensel, sesiku L, gergaji putting, ragum meja, gunting logam, penggarit,
Kikir rata.



Langkah 2
(10 minit)
Proses mengukur bahan untuk membuat projek tempat memo.
1.    Tiga bahan yang perlu diukur iaitu papan, aluminium dan tin bekas minuman.
2.    Ukur dan tanda papan dengan ukuran  10mm tebal, lebar 110 mm dan panjangnya 145 mm.
3.    Buat satu sudut garisan bersudut tepat pada tanda yang diukur dengan menggunakan sesiku L.
4.    Ukur dan tanda sekeping aluminium setebal 1 mm dengan lebar 250 mm panjang dan 120 mm lebar.
5.    Ukur dan tanda tin bekas minuman dengan panjang 110 mm.
1.    Guru meminta wakil setiap kumpulan untuk mengambil peralatan tangan dan bahan yang diperlukan untuk murid melaksanakan amali dalam kumpulan.
2.    Guru memberikan arahan supaya murid memulakan proses mengukur dan seperti yang telah ditunjukkan dengan menggunakan peralatan yang diberi.
3.    Murid mengukur kepingan aluminium, papan dan tin bekas minuman mengikut ukuran yang telah ditetapkan oleh guru.

Nilai-nilai murni:
Mematuhi arahan, bekerjasama
Langkah 3
(10 minit)
Proses menanda dilakukan

1.    Penandaan dilakukan pada bahan-bahan yang hendak dipotong iaitu kayu, aluminium dan tin minuman.
2.    Alatan yang digunakan adalah pensel, dan tolok penanda dan penggarit.
3.    Kepingan aluminium ditandakan mengikut seperti paparan slide..


1.    Murid dikehendaki menanda bahagian bahan yang telah diukur.
2.    Guru memerhatikan cara-cara penandaan dan peralatan yang digunakan untuk menanda.
3.    Guru memastikan proses penandaan dilakukan dengan penuh berhati-hati.

Langkah 4
(15 minit)
Memotong papan, aluminium dan tin bekas minuman.
1.    Potong kayu dengan menggunakan alatan yang sesuai.
2.    Potong di bahagian luar garisan penandaan.
3.    Potong kepingan aluminium mengikut penandaan dengan menggunakan gunting logam.
4.    Tebuk dan potong kedua-dua hujung tin minuman.
1.    Guru memerhatikan murid melakukan kerja-kerja pemotongan.
2.    Guru memastikan murid memotong mengikut ukuran yang diberikan dengan berhati-hati.
3.    Murid dikehendaki menunjukkan hasil pemotongan kepada guru.

Nilai murni:

Penilaian
(10 minit)
1.    Ujian lisan
2.    Tunjuk cara
3.    Penilaian berdasarkan pemerhatian.
1.    Guru memberikan soalan secara rawak kepada 10 orang murid.
2.    Dua orang murid diminta untuk menunjukkan cara memegang kikir parut dan kertas las.
3.    Guru meminta seorang dari setiap kumpulan untuk menunjukkan hasil kerja amali kepada guru.

Rumusan
(5 minit)
1.  mengukur, menanda dan memotong.
a) Mengukur bahan-bahan projek dengan tepat.
b) menandakan bahan yang telah diukur untuk proses pemotongan.
c) cara pemotongan bahan-bahan projek.
1.    Murid dibimbing untuk membuat rumusan.
2.    Murid dikehendaki melakarkan beberapa projek yang berasaskan bahan-bahan terbuang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...